Hari itu sejuk daripada biasa. Dan mungkin jugak letih daripada biasa. Ye lah, boleh dikatakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Namiseom Island itu, kami berdiri. Makanya, bila sahaja dapat duduk, saya dan kawan saya Cik Jah, bukan main lagi, tidur terbungkang di dalam tren.
Sepanjang saya di Seoul, setiap kali melihat orang-orang yang memilih untuk melelapkan mata di dalam tren – di sini, majority penumpangnya jarang dilihat berbual sesama sendiri, kebanyakannya sibuk dengan gadjet masing-masing, membaca dan kalau tak pun, tidur - saya sering tertanya-tanya, ‘Tak terlepas tren ka depa nih?’ , ‘Ka depa ni ada 6th sense?’.
Dan sebelum memilih untuk tidur di tengah-tengah orang ramai yang tak ambil peduli itu, saya jugak mengharapkan magis 6th sense itu wujud dalam diri saya, atau pun Cik Jah. Mungkin dia datang mengetuk kepala saya bila kami dah dekat-dekat nak sampai ke stesen impian kami, Itaewon.
Jadinya saya pun tawakkal dan tidur. Dan magis 6th sense itu pun datang, tidak kepada saya tetap kepada Cik Jah. Tapi tidak tepat pada masanya, kerana sedar-sedar kami sudah terlajak 3 stesen. Tak apalah, masalah picisan sahaja. Patah la balik kan? Kan? Kan ke tak kan?
Di stesen subway Itaewon, dalam pada kami terkocoh-kocoh, kelam kabut mengkaji peta nak ke masjid untuk solat maghrib, saya terperasan kelibat seseorang, mungkin kerana dia sebangsa dan seangkatan dengan mamat Sri Lanka yang kami jumpa di Gyeongbokgung dua hari lepas. Mamat peramah yang masih ingin bertutur dalam bahasa Korea, walaupun sudah dijelaskan dangan sejelas-jelasnya, kami tidak paham bahasa itu. Hmmm..biarkan jelah dia...asalkan dia bahagia.
Semasa kami di escalator, kami disapa oleh seorang mamat Korea..
Dia: Min aina?
Wah..wah...wah...
Cik Jah: Malayzia
Dia: Adrusu....
Cik Jah: Ahhhhh...
Paham...paham....
Dia: You know Arabic?
Cik Jah: Er...no...
Dia: Ok then...ma al salamah...
Cik Jah dan saya: WOWWWW!
***lebih kurang macam nilah perbualannya, kalau salah, nanti Cik Jah datang, dia betulkan.......***
Perbualan taraf antarabangsa yg sebenar adalah (setelah di betulkan oleh Cik Jah dalam ruangan komen):
Dia: Are you Arab?
Cik Jah: No...
Dia: Min aina?
Wah..wah...wah... faktor ini telah ditarik balik atas sebab-sebab di bawah
Cik Jah: Malizia...You know Arabic?
Dia: Adrusu....
Cik Jah: Ahhhhh...
Paham...paham....
Dia: Ma'assalamah...
Cik Jah: Ma'assalamah (sambil angguk) - penggunaan ini adalah salah, sepatutnya Ilalliqaa'...
*** berkat pengajian di universitas & pesantren dulu...- ini adalah huraian Cik Jah
**** Tu la, masa kelas arab hang tidog...- ini adalah huraian saya, yang tak pandai-pandai bahasa arab...eja ma'assalamah pun salah...Ok tak apa....tp kenapa ya, orang-orang di sana ada satu peel yang boleh tahan pelik nya?
'I don't speak Korean',
'Ohhhh...'
selepas beberapa minit...'Yogi...yogi...'
'Are you Arab?'
'No'
'Min aina?'
******
Ok, kami teruskan perjalanan, sambil memerhati peta di tangan. Tahu-tahu, mamat yang saya perasan di stesen subway tadi sudah berada di hadapan kami. Lebih kurang 5 meter di hadapan. Dia berjalan perlahan, sekali-sekala dia menoleh ke belakang ke arah saya dan Cik Jah. Berjalan lagi, dan kemudian menoleh lagi. Tak ada kata, tak ada senyum. Riak biasa-biasa. Dia dan kami terus berjalan. Dia seakan-akan dapat membaca tujuan kami. Dan kami juga seakan-akan dapat meneka tujuannya. Masha ALLAH.
Untuk insan mulia yang menunjukkan kami jalan ke rumah ALLAH. Maha Suci ALLAH. Anda buat saya rasa, betapa cantiknya silaturrahim itu. Ada rasa yang tak tahu macam mana saya nak ceritakan. Dan yang pasti, saya dapat rasa betapa indahnya Islam. Saya –dan Cik Jah – doakan, walau di mana anda berada, semoga rahmat dan redha ALLAH sentiasa bersama-sama anda. Begitu juga mereka-mereka yang membaca blog saya yang tak seberapa ini. Amin. Ya Robbal A'lamin.
***Ada hikmahnya kami tertidur di tengah-tengah orang ramai yang tak ambil peduli itu ***